Friday, June 30, 2006

It's Friday !!!!

Jumaat penghulu segala hari. Banyak perkara yang bagus yang patut dilakukan pada hari ini contohnya mandi pagi di hari Jumaat dan bersembahyang Jumaat. Tadi Khatib ada membincangkan tentang reality kita sekarang, sedih berlinangan air mata kerana kena singkir dari pertandingan tadi tidak sedih dan sukar untuk berlinangan air mata jika ugama kita di"bola-bolakan". Saya sokong apa yang khatib tuh war-war kan. Apa yang akan terjadi pada generasi muda atau anak2 kita kalau hiburan dan kelalaian yang digembar-gemburkan oleh persekitaran kita menjadi sebutan dan sambutan? Di akhir khutbah dia berpesan pada jemaah supaya berpandukan pada Al Quran dan al- Sunnah. Itu lah panduan terbaik jika kita ingin kan keredhaan dari Allah. Apa yang terkandung dalam Quran itulah panduan yang Allah sendiri dijamin kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat. Dalam Surat At-Tin, ayat 8-9 bermaksud "Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya"
Kita patut jadikan Quran sebagai "Frame work" dasar atau management reference book kita. Masalahnya, kita baca tapi kita tidak faham so macamana nak faham apa yang hendak disampaikan. Contoh mudah kalau baca buku cerita tapi tak faham maksud/cerita sure tak tahu aper cerita dan message yang hendak disampaikan ..... itulah lebih kurang. Oleh itu sebagai seorang manusia yang disuruh untuk menyeru/menyampaikan, saya syorkan pada kita (saya dan anda) sementara Allah masih pinjamkan kita kehidupan di dunia nih, cuba ambil Quran dengan terjemaah baca dan faham dan yang terbaik amalkan terus. InsyaAllah Allah mesti membantu hamba-hambaNya yang berusaha. Saya tak pandai tapi saya nak belajar dan kongsi yang baik-baik agar kita sama-sama berjaya "Selamat" di dunia dan lebih2 lagi di akhirat.
wassalam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home