Thursday, June 22, 2006

Ayahhhhhh...... Takut Baju !!!!!

Nih hah nak cite sikit, kisah seram lah jugak. Kisah kami sekeluarga pada cuti sekolah yang lepas bercuti ke Melaka. Konon-konon nak bawa anak-anak gi bercuti dan kenal dengan negeri Melaka. Hari tuh kami bertolak dari Kuantan lebih kurang jam 3.30 ptg setelah ambil anak saudara yang belajar Matrikulasi kat Gambang. Dalam perjalanan kami sungguh seronok, al maklumlah nak bercuti sakan. Cuti-cuti Malaysia, sampai abang ipar ajak dok tidur rumah dia kat Jasin pun kami tolak sebab nak bermalas-malasan di hotel yang kami tempat. Hari tuh kami sampai melaka lebih kurang jam 8:30 mlm, kebetulanlah teringin sesangat nak gi makan ikan bakar kat Umbai. Nasib baik anak saudara isteri tumpang sekali so dialah tukang tunjuk jalan ke Umbai. Sampai Umbai lebih kurang 9 mlm. Kami order ikan pari buat paih, Ikan siakap masam manis, separuh ikan merah bakar, udang celup tepung dan tak lupa nasi lemak. Last sekali kami makan kat situ masa mula2 kami kahwin 9 tahun lalu bila kakak ipar belajar kami. Almaklumlah masa tuh kita darah masih manis, baru kahwin. sana sini orang ajak makan dan belanja. Oleh kerena kebetulan ke Melaka, kami memang nekad nak gi makan tempat yang menjadi igauan kami terutama isteri saya yang teringin sesangat nak makan nasi lemak. Lepas makan lebih kurang kul 10 mlm kami bertolak balik ke Jasin menghantar anak saudara balik. Sampai Jasin lebih kurang 10:25 mlm. Tanpa meluangkan masa (sebab dah penat dah letih), kami terus balik ke chalet yang kami tempah kat Air Keroh Resort atau nama baru dia Seri Warisan Resot (yer Kot, dah tak ingat dah). Sampai sana hampir kul 11 mlm, dengan penat dan kekeyangan, isteri saya tukang check in dan dapat lah bilik chalet yang kami tempah. 2 bilik dan satu bilik air bersama ruang tamu yang agak besar. Nasib saya baik sebab masuk dulu buat "checking" sebelum benar kan anak-anak masuk. Setelah suis lampu dipasang, didapati chalet itu dipenuhi dangan semut merah (gatal) yang kalau gigit tuh memang sakit dan gatal. Nasib baik saya sahaja yang masuk. Setelah di dapati tidak selamat untuk diduduki saya menalipon reception and meminta dilakukan sesuatu. 10 minit kemudian, jaga pun datanglah dengan motor kapcainyer dan meminta kami gunakan chalet yang lain. Kami tak kisah sebab dah penat dan lebih, kalau boleh nak settle down cepat-cepat dan boleh tidur. Selepas masuk satu chalet baru didapati masih berselerak tak di keamas dengan betul, housekeeping tak dilakukan dengan sempurna. Pak cik guard tadi minta kami ke rumah sebelah lagi bernombor 315. Alhamdulillah rumah OK dan bilik tidur dalam keadaan rapi. Jadi kami ambil keputusan untuk tinggal di chalet itu. Chalet ini, lebih luas dan besar dari yang kami sewa. So aper lagi seronok lah, kalau di ikutkan harga yang dipamerkan dalam internet, harga chalet suite itu agak mahal dari yang kami sewa. So kami dengan seronok nya mengangkat barang turun. Masa tuh saya perasan yang tepi-tepi dinding penuh dengan taik cicak. Kami ingat, isykkkk mungkin dah lama dia orang tak buat house keeping. So sebelum kami tidur atau mandi, saya sempat buat sedikit housekeeping sapu, basuh dan buang taik cicak yang banyak dalam bilik air, bilik tidur. Masa tuh dah hampir jam 11:30mlm. Setelah selesai mandikan anak-anak, yang sulung dan yang kedua mula masuk bilik tidur mereka yang di lengkapi dangan air con. Punya lah seronok mereka dapat bilik ber air-con. Letak kepala terus tidur sampai pagi. Saya, isteri dan anak saya yang no. 3 dan 4 tidur dalam master bedroom. Katilnya agak besar jugak muat lah untuk kami berempat. kerana terlalu mengantuk kami anak no. 4 saya tidur dengan lenanya dan dia tidur bersebelahan dengan saya. Anak lelaki saya tidur sebelah isteri saya. Malam pertama anak lelaki yang no. 3 tidak berapa menunujuk sangat reaksi dia nampak sesuatu yang kami tak nampak. Malam tuh kami tidur dengan lena tanpa memasang lampu. Sedar-sedar sudah hampir siang, saya dan isteri bangun dan besolat subuh dan terus kembali tidur hingga anak-anak kami bangun. Al maklumlah , kira nak bermalas-malas katakan. Pagi tuh kami gi breakfast pun agak lambat lebbih kurang jam 10 pagi. masa tuh makanan kat dewan makan pun hanya tinggal serdak dan roti yang lebih kurang jer. Alhamdulillah semua makan dan keyang. Tapi pagi tuh, anak no 3 saya badan dia agak panas sikit. Nih bukan panas demam, tapi panas agak pelik. Kami tak berapa kisah sangat sebab walaupun badanya panas, dia aktif dan tak nampak macam tak sihat. Hari tuh seharian kami pusing-pusing dan jalan di bandar hilir nak tengok tempat bersejarah seperti muzium sumudra, naik ke kota A fomosa dan melawat muzium kesultanan Melaka. Masa tuh dah hampir jam 2 petang. Perut dah lapar, lalu kami ke shopping bersebelahan tuh (tak silap mahkota somethingg....) makan lunch kat situ dan balik ke Chalet untuk berehat. Agak-agak jam 5:30 ptg kami bertolak ke Jasin sebab anak saudara isteri jemput makan malam. Kira makan free lah malam tuh. Lebih kurang kul 10 malam kami bertolak balik ke Chalet sampai setengah jam kemudian. Bila sahaja sampai ke Chalet tuh, anak no. 3 saya takut nak masuk. Masa tuh kami masih tak perasan, lepas mandi sembahyang, anak sulung dan kedua saya minta tidur sama2, katanya takut. Msa tuh kami dah start tak sedap hati. OKlah tak per so bentangkan cadar biar depa tidur kat bawah. Seperti biasa anak yang keemapat saya selepas mandi dia tidur dengan lenanya. Tapi anak ke tiga saya mula meragam, dia asyikdok sebut tak nak tidur...takuttttt sambil menunjuk ke siling. dan masa tuh mata dia bergerak macam terlihat sesuatu kesana kemari. Saya dah tertidur dah masa tuh tapi isteri kejut suruh saya tidur sebelah anak lelaki saya tuh. Dia tak bagi tutup lampu dan asyik dok tunjuk siling macam ada sesuatu. Betul orang kata budak-budak nih Allah bagi kelebihan boleh nampak aper yang kita tak nampak. Malam tuh dia tak nak pejam masa dan gelisah kesana kemari...mungkin kerana terlalu mengantuk dia tertidurlah. Saya sambil peluk dia dan membelai-belai dia pun tertidur sama. Sedar2 dia kejut dan tunjuk muka saya dan berkata....takutttttttt. Dalam hati benda nih dok atas kepala aku ke?...(naik bulu roma saya semasa menaip nih, masih teringat lagi). Malam tuh saya baca beberapa ayat Allah, alhamdulillah Dia membantu. Sampai pagi lah kami tidur. Keesokan hari nih kami dah macam tak sabar dah nak check out dan menruskan pejalanan kami balik Perak. Setelah breakfast (awal sikit hari nih jam 9pg) kami terus check out dan meninggal kan Melaka menuju ke Perak. Lepas sahaja tol Air Keroh tuh, anak yang ketiga saya pun bercerita lah dengan pelat2 dia tuh katanya ayah atif takut "baju" dan sambil buat macam nih (dia demonstrate cara melambai-lambai). Punya lah naikk ghoose bump kami suami-isteri. Itulah pengalaman mengerikan kami dan dari cerita ini mungkin boleh di ambil pengajaran yang mungkin berguna....kalau tengok bagunan yang penuhh dengan taik cicak...hah tuh lama dah tuh orang tak masuk...benda lain mungkin dok lepak, kalau bawa anak2 kecik...tak yoh lah dok chalet2 tuh..dok jer hotel yang selalu orang ada...wallahualam...

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

ok nanti i kena be careful with that chalet. i think chalet punya orang kena bersihkan hari2, walaupun takde guest kan...

12:05 PM  

Post a Comment

<< Home